Tuesday, February 7, 2012

POSTER FILEM INDONESIA - 2011??

[1] Dua (2) hari lepas, aku ada google cari bahan bacaan. Terjumpa satu ulasan filem oleh seorang blogger Indonesia. Aku tak kenal sapa dia tapi gaya bahasanya melambangkan dia seorang yang 'tahu' pasal filem.

[2] Dan dia menyenaraikan top ten filem Indonesia terbaik sepanjang tahun 2011. Selain 'mention' beberapa filem lain sebagai rujukan.

[3] Aku malas nak senaraikan top ten dia tu sebab, yang lucunya, cara dia senaraikan filem macam tak senaraikan pun. Lebih kepada ulasan apa yang dia suka dan yang dia tak suka tentang filem-filem di bawah. Sama macam blogger lain juga.

[4] Sejujurnya, aku meminati semua jenis filem. Dan disebabkan aku orang Melayu, aku suka filem berbahasa Melayu, dan filem Indonesia salah satunya.

[5] Dan, yang menjadikan filem itu menarik ialah, 'content' sesebuah filem. Maksudnya, 'cerita' yang ingin diceritakan oleh sang pengarah. Dan aku memang suka filem yang menceritakan perihal manusia; keluarganya, kisah cintanya, persahabatannya, musuhnya, malah kematiannya.

[6] Dalam keributan filem hantu Indonesia yang 'murahan', memang ada juga yang bercerita tentang masyarakatnya.

[7] Melihat senarai filem di bawah ini, aku cuma pernah menonton filem Jakarta Maghrib, dan Di Bawah Lindungan Ka'abah. Keduanya memang sangat memuaskan. Senang cerita, seperti hidangan enak yang di makan, kemudian teringat kan rasa enak tersebut...

[8] Filem yang ada dalam simpanan yang belum sempat ditonton ialah filem Catatan Si Boy, remake filem lama Indonesia yang dilakonkan oleh Onky Alexander tu??

[9] Namun, aku mengidam sangat nak menonton filem Sang Penari dan The Mirror Never Lies (Laut Bercermin). Nantilah...aku cari kat alam maya atau di mana-mana. Atau dikesempatan berkunjung ke sana? Apa? Nak pergi ke Jakarta kah? Tak takut ngan buluh runcing?? Kawan aku idup je ulang alik dari sana...aku pergi dengan dia lah nanti. Ini pasti!

[10] Dari segi kualiti poster, aku kira, sama saja kualiti filem Malaysia. Cuma, poster filem kat bawah ni berserabut sikit. Aku suka sangat dengan kualiti filem Korea. Memang dah jadi trend dan identiti filem Korea agaknya yang taknak sama dengan poster filem Hollywood.
































Monday, January 30, 2012

NAK MENGATA - AJL26
(yang baik dan yang tak berapa baik)

[1] AJL26 yang berlangsung semalam pada aku adalah AJL TERBAIK yang pernah aku saksikan. Segalanya serba sempurna.. kalau aku kenal penerbitnya, aku nak ucap TAHNIAH banyak-banyak...susah wo nak buat semua yang kita tonton-tengok tu. Kalau tahun3 sebelum ni..TV3 meninggalkan RTM 10 tahun ke belakang...maka, dengan mutu produksi AJL26 semalam..TV3 meninggalkan RTM 50 tahun kebelakang!!! hahhahaha

[2] Walaupun aku sangat kecewa bila lagu faveret aku 'KISAH HATI' takde dalam top 3...sekurang2nya, terubat dengan kemenangan Alyah dalam kategori PERSEMBAHAN TERBAIK KESELURUHAN !! Maklumlah...nak menang AJL, kabel kena baek punya...ooopss!
[2.1] Dan aku memang hairan bila lagu KARMA by Audi Mok tu menang 3rd place. Terus terang sini, aku cuma suka VC dia aje. Lagu tu? Takde istimewanya. Tak melekat...walau dah berkali2 dengar... walhal, mcm lagu PENAKUT, KISAH HATI, SEDETIK LEBIH even SUNGAI LUI... dengar aje dah best dan cukup segala asam garamnya..
[2.2] Aku rasa, sengaja nak kasik ada satu lagu rock dalam senarai pemenang.
[2.3] Takpun, saja je... Takut takbest kalau ada budak AF jadi Juara, budak TV3 takde place.
[3] Persembahan Alyah sangat memukau kerana sebenarnya susah nak bawak lagu yang dengar senang. Melodi lagu KISAH HATI macam pantun 2 kerat aje... maka dengan kepandaian sang penyanyi la nak 'memasak' lagu ni mcm mana. Memasak kene cukup asam garam. Kalau terlebih garam..masin pula!

[3.1] Begitu juga dengan persembahan Alyah malam tadi. Persembahan Alyah ada turun naiknya...ada kawalan vokal yang agak clean..ada tema yang penonton leh relate ngan lagu tapi tak berlebihan dramanya..dan ada kejutan2 bila sampai tang chorusnya...termasuk kejutan terbesar, iaitu bila Remy Ishak 'kembali' dalam pelukan Alyah...
3.2] Sepanjang Alyah nyanyi..rasa meremang aje vulu-vulu-ku. hehehe dan bila Remy dalam pangkuan Alyah, rasa nak menangis, bila ingat kan VC nya yang kebabom dulu...


[4] Dan, TAHNIAH kepada Hafiz kerana persembahan Vokal yang menusuk kalbu...walaupun sifatnya tersangat ringkas saja tatabusana-propsnya...yang tak ringkas ialah gelombang emosi yang dibuakkan penghayatan Hafiz untuk lagu ni yang sampai dan sangat meyakinkan. Sebutan yang jelas dan lantang telah menambah-sedap-kan lagu ni.


[4.1] Barulah aku tahu bahawa Awan Nano adalah tempat berlindung dari panas hujan dan mentari...tapi awan sifatnya juga lemah yang terpaksa menjadi kuat untuk melindungi yang dikasihi...biarpun akhirnya diri musnah pecah berderai..
[4.2] Aku memang suka tone suara Hafiz ditambah lagi dengan penghayatan yang natural semulajadi lahir yang boleh ditangkap pendengar melalui nyanyian...mcm menceritakan sesuatu kisah..dan kita mendengar dengan hiba...
[4.3] Kenapa Jac tak menang vokal terbaik malam tadi? Aku akui, meremang juga vulu-vulu-ku bila Jac nyanyi...tapi, penghayatan Anuar Zain memang awesome bila dia nyanyi lagu ni live..walaupun shaky sana-sini atas faktor usia. Walaupun suara Jac lepas bebas..namun perubahan yang dibuat Jac untuk lagu ini mcm ada sedikit kurang dan yang parahnya, kedengaran menjerit.... Sebab itu aku pilih Vokal Terbaik adalah Hafiz. Kemudian aku dengar berkali2 nyanyian Hafiz untuk lagu Awan Nano dan nyanyian Jac untuk lagu Sedetik Lebih... memang sedap lagi nyanyian Hafiz dari Jac...

[5] Aku tak 'restu' lagu CINTA MUKA BUKU masuk final AJL26. Lagu memang la sedap didengar dan santai...fun...teenage feels...tp bukan untuk AJL. Aku rasa yang handle pemarkahan tu telinga dia entahlah...kene datang UIA Kuantan buat screening..takpun kene test tahap disleksik dia mcm mana...:P
[5.1] Persembahan? Well...mcm pementasan tahunan sekolah menengah dan yang terlibat cuma budak2 PMR ke bawah sahaja.

[6] Aku kecewa dengan pilihan Aizat bawak pelukis pasir di TENGAH pentas semasa dia bawak lagu SUNGAI LUI. A TOTAL DISTRACTION...dari nyanyian, maksud lagu...dan mood persembahan. Sepatutnya, Aizat kene kasi fokus aka direction persembahan kepada dia dan lagunya sahaja...what the hell?
[6.1] Padahal lagu SUNGAI LUI tu grand dan subtle pada komposisi dan feelnya. Sangat grand...tp ini kesilapan Aizat. He own this big time!

[7] Lagu KALAU BERPACARAN hadapi masalah sama mcm lagu SUNGAI LUI. NGAP!! ditelan pentas yang grand itu...

[8] Aku suka lagu WANITA SELURUH DUNIA by Projek Pistol. Kalau lagu ni ganti tempat lagu KARMA pun takper. Aku suka dengan kuasa rock yang ada dan penghayatan yang mengalir deras dalam nyanyian. So, PROJEK PISTOL...sila sign dengan TV3 ok??

[9] Aku tak suka lagu BERIBU SESALAN menang tempat kedua. Dikatakan, lagu ini lain dari lagu balada-sedih3 sebelum ni. Common la...kelainannya cuma kerana dinyanyikan 3 orang penyanyi saja...melodi? Macam lagu balada dolu-dolu je...uweks.



[10] ONCE AGAIN. walaupun lagu KISAH HATI tak menang mana-mana kategori malam tadi...ia tetap menang kepada semua 'telinga' yang mendengarnya...
[trivia] --harap-harap Alyah dapat lagu yang lebih baik dari lagu ni...

Wednesday, January 25, 2012

MALAYSIA PENGELUAR FILEM PALING PRODUKTIF DI ASIA TENGGARA 2011

[1] Sesungguhnya, aku sangat tertarik dengan dengan statement oleh David Teo pasal tajuk kat atas tu dalam akhbar harini. Asia Tenggara terdiri daripada negara Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei, Vietnam, Kemboja dan Malaysia. Maafla kalau silap. Geografi aku pun cangkul aje..hiks! (tolong betulkan).
[2] Statement beliau boleh dibaca di link berikut, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
[3] Kalau ikutkan statement tersebut,

" Menurut Penerbit MIG, David Teo, dia berbangga kerana syarikat produksinya berada pada kedudukan itu sekali gus meletakkan Malaysia pada tangga teratas sebagai pengeluar filem paling produktif di Asia Tenggara.

"Pada tahun lalu MIG merupakan syarikat produksi yang mencatat kutipan filem tempatan paling tinggi iaitu sebanyak RM24 juta atau 22.2 peratus daripada keseluruhan kutipan berjumlah RM108 mengatasi negara Thailand.

"Thailand pada tahun lalu menerbitkan 55 buah filem dengan kutipan tiket RM80 juta. Manakala Malaysia pula 42 filem dengan kutipan tiket RM108. Malaysia menjadi negara kedua selepas China sebagai pengeluar filem paling aktif di Asia. "

[4] Bermakna, kuat jugalah rakyat Malaysia menonton filem yer? Dan kebanyakkannya diproses di Thailand dan India. Ini juga satu fakta. Sampai bila taknak guna studio yang ada kat Finas tu? Buat bazir duit rakyat jer. Maybe, sbb kos dan kualiti kerja. Filem Senjakala tu aku tengok kualitinya not bad juga. Guna lah... Guna duit rakyat tu...

[5] Anyway, aku lebih pandang pada kualiti filem, yang mana paling penting pada aku ialah isi cerita dan cara cerita dipersembahkan. Mengesankan atau tidak? Cukup2 lah ada satu filem Datin Ghairah saja tahun lepas. heehe

[6] Sepanjang tahun 2011, aku suka filem berikut...Khurafat, HAQ, Sini Ada Hantu, CUN, Senjakala, Seru, Kongsi, Nur Kasih, Hikayat Merong Mahawangsa, Karak, KL Gangster, Tolong Awekku Pontianak, Flat 3A, HAntu Bonceng, Bini2 Ku Gangster,Al-Hijab, Klip 3gp, Misteri Jalan Lama, Ombak Rindu, dan Songlap. Berapa ek?? 20 filem daripada 42 filem yang ditayangkan tahun lepas. Kira lulus la...markah lulus kan lebih 40% sajos! hehhehehe

[7] Among those film, top 5 aku untuk 2011 ialah Songlap, KL Gangster, CUN, Tolong Awekku Pontianak dan Seru. Aku tergaru2 juga nak letak filem Seru atau Misteri Jalan Lama. Tapi, aku memang suka filem Misteri Jalan Lama tu. Cuma, aku memang takleh nak maafkan pakaian pahlawan alam bunian. Memang takleh blah. Padahal, di sudut penceritaan dan feel cerita dipersembahkan, aku sangat suka! Sama macam scene lebai pak arab terbakar dalam filem Nur Kasih. Semua ini kerana kekangan bajet. Tapi kalau tengok filem Merong tu, banyak duit guna tp scene perang, extra siap leh senyum simpul lagi masa berlawan. Apa kejadahnya?? So, harap2 tak buat lagi mende2 budus mcm ni tahun 2012 ni. The best filem for 2011 ialah SONGLAP!!! Memang best...berbaloi tengok surang2 filem tu....

[8] Harap2, dengan 'tauke' Finas yang baru ni, akan lebih mengangkat kualiti filem Malaysia. dan bukannya melungkupkan lagi...hahahah

[9] Senarai filem 2012 dah berderet dah tu...meh aku usha sket, mmmm rasa nak tgk filem Sumpahan Kum Kum (sebab masa hantu ni kecoh dulu, aku masih rumaja..kecoh di Terengganu masa tuu..), Azura (sebab nak tgk hasil arahan Aziz M Osman dan nak tengok Neelofa jadik Azura), Adnan Sempit 2 (saja nak gelak2), Cinta Kura-Kura (sebab ini filem 1st seumpamanya di Malaysia guna teknik terkini), Bunohan (selepas filem Hanyut, inilah filem yang menjadi dambaan aku selama tahu ia di bikin), 7 Petala Cinta (sebab nak tgk sama ada ia se'murah' filem Syurga Cinta yang ada si Awal tu atau tak...tp jalan ceritanya sangat menarik dengan tajuk yang gah...) Filem2 lain tu...maaf la...taksempat den nak cekau semua.

[10] Nanti aku kirakan filem mana yang untung besau tahun lepas. Macam aku kira haritu la. Tapi ramai yang tak faham. Kali ni aku ringkaskan saja...

Sapa nak teman den tgk filem Azura???

Sunday, January 22, 2012

DRAMA-THON !!!

al-kisah... malam ini aku menonton 3 drama Melayu sekali arung. hehhe mcm tak biasa plak.
Anyway, 3 drama tersebut...

1. Ikan Bakar - arahan Hitler Zami, lakonan Lisdawati, Rusdi Ramli dan Zed Zaidi

2. Ajaibnya Cinta - arahan Erma Fatima, lakonan Umi Aida dan Johan Asa'ari

3. Aduh Sayang - arahan Kabhir Bhatia, lakonan Tiz Zaqiyah dan Remy Ishak

Tak sangka, pilihan aku malam ni semuanya tepat. Pendek kata semua drama di atas best2 belaka.

Drama Ikan Bakar pasal Kinah, seorang surirumah yang berdikari mengerjakan ladang sayuran, selain menjaga anaknya yang membesar serta suaminya yang terencat akal. Sekali fikir, rasanya pasal kisah ketabahan seorang ibu membesarkan anak dan suami OKU. Aku pikir mcm tu juga. Tapi, persembahan kali ni sedikit berbeza sebelum dicacatkan dengan ending yang entahlah ending ke tak.

Drama Ajaibnya Cinta plak pasal, Fendi yang suka pecah masuk rumah org dan curi barang. Awalnya memangla jahat. Pastu jadi baik lepas jumpa Fatin, janda anak 1 yang sebaya dgn Fendi. Bunyi mcm berat dan Erma Fatima plak tu. Sebenarnya, perjalanan ceritanya sewel dan menghiburkan. Tak masuk akal pun ada. Mcm2 Erma sumbatkan dalam drama ni. Ada banyak lagu industan dan juga sound efect dari games Angry Bird. Memang sewel citer ni. Tapi, bila tgk, hmmmm menghiburkan. Kisah teruna bercinta dengan janda berumur. Biasalah. Persembahan jer yang menjadikannya menghiburkan.

Drama Aduh Sayang plak pasal sepasang suami isteri yang ada dua anak. Dan tinggalkan anak mereka kat mak ayah mereka bila suami naik pangkat n kene keje di Australia. Ibu ikut suami sambung buat masters di sana. Kisah biasa. Kisah nenek ngan datuk yang takleh berenggang dengan cucu. Kisah pasangan muda menghadapi cabaran bila ada anak masih kecil dan sedang membina hidup. Tapi, once again, persembahan nya sweet sangat. Tambah pulak ada Tiz Zaqiyah ngan Remy Ishak. Lupa langsung pasal Nur Amina dan Adam dari Nur Kasih tu.

THE BEST THING IS.....ADA DUA LAGU DARI DRAMA ADUH SAYANG TU YANG SUPER BEST...MACAM MANA AKU LEH TERLEPAS EK??

[1] PERGI SAAT INDAH by AIMAN



[2] RAJA DI HATIKU by NANA AZMI






Tak nyesal punya. gerenti!

Saturday, January 14, 2012

KE-IBU-BAPA-AN



Welll...lain lak tajuk kali ni kan?

Alkisahnya, sekarang di rumah, kami duk tengok siri TV Desperate Housewives..up til' now, sehingga season 4..

Maybe ramai yang dah menontonnya. Tapi itulah, nak ikut setiap kali siri drama best kat TV time depa on-air...memang malas nak tunggu sbb, pertamanya dan sebab yang paling muluk sekali ialah, TAK MAHU TERIKAT DENGAN TV... hhahah means, aku boleh buat sesuka hati dengan masa 24 jam yang aku ada dalam sehari tu...dan bila ada masa sesuai, tengok ajer sampai kepala pening dan rasa nak muntak...ya lah...tengok 7-8 episod berturut2 dan lari2 pergi bilik air...hahaa

so back tu the story, aku dan sorang kawan, share2 duit beli DVD dari Season 1 sampai Season 5. Bukan taknak download, tp mcm susah nak carik. Torrent? Hampeh slow gila baban kalau nak tunggu sampai siap semua 5 episod...nanti penat ajer menyedut tp tak tgk seperti mana yang belaku kepada siri Tentang Dhia, Sofiyya, Suria Cordoba...sempat habiskan Tahajjud Cinta aje aritu...

so back to siri Desperate Housewives, kononnya ia pasal kehidupan BUT MUST ALWAYS BEWARE that, kehidupan yang di khutbahkan dalam siri ni mengikut acuan 'mat saleh' bukan mat malaysia...

Cuma dalam banyak2 episod tu, episod tadi sangat menyentuh aku subjeknya pasal, KEIBUBAPAAN aka PARENTING... bagaimana Lynete (lakonan cemerlang oleh Felicity Hufman - ya lah, dia ni guru senilakon - kebanyakan pelakon muda dan yang tak berapa muda memang berguru seni lakon dengan dia pun...) dan, tiba-tiba doktor kata ada kanser dan dia dan suaminya Tom decide taknak susahkan ibunya wpun perlukan duit utk rawatan sebanyak $10K.

All of sudden, mak dia (nama Stella) muncul depan pintu dan nak duduk ngan diorang then she claimed nak jaga dia sampai sembuh. Tapi Lynete kata dia tak setuju mak dia tinggal dengan dia sbb perangai mak dia yang kuat minum, kuat merokok, suka usung jantan balik umah...tp kerana Lynete perlukan $10K tu..maka Tom kata kat Lynete, mereka tiada pilihan...

RUPANYA, adik Lynete dah halau mak dia. Then, bila Lynete sembuh, baru dia tahu hal ini dia jadi sangat geram...sbb adiknya ada rumah besar dan tak ramai anak mcm dia. Begitu juga kakak dia...Lagi dia geram sbb rupanya, mak dia gunakan semua simpanannya untuk rawat kanser Lynete dan juga sbb mak dia takde tempat nak tinggal kecuali dengan Lynete! Dia pun pergi jumpa adik dia dan adik dia beritahu dia stress sbb mak tinggal ngan dia dan therapist dia kata, dia kene pentingkan kebahagiaan dia sendiri. Masa ni, Lynete jumpa adik dia kat restoran. Bila adik dia tak perasan, Lynet guna remote kereta n buka boot kereta adik dia. Then, senyap2 tp pantas, dia buka boot kereta dia n masukkan beg2 Stella ke dalam kereta adik dia... sedih kan buat seorang mak mcm tu??

TAK CUKUP TAKAT TU...one afternoon, kakak dan adik dia pergi hantar mak dia ke rumah Lynete, n kata tak sanggup nak jaga. Lynete terkejut sangat. Sampai hati diorang buat mak diorang mcm tu. Masa tu mak dia dengar aje pertelingkahan mereka dari luar rumah. Then, Lynete berkeputusan, dia sanggup jaga mak yang melahirkan diawalau seburuk manapun mak dia tu dan takmahu jumpa lagi adik n kakak dia yang derhaka tu...sbb, bukan dia taknak jaga. Dia ada anak 4 orang dengan Tom dan anak Tom dengan exwife dia pun duk ngan dia sorang. 7 orang duk rumah dia yang tak besar mana tu then tambah mak dia, 8 orang...tp dia tak kisah sbb itu mak yang lahirkan dia....

Then anak Lynete kata, nenek dia dah blah dari luar rumah sbb terasa hati dengan tindakan anak2 dia yang sorang pun taknak jaga dia. Lynete pening kepala cari mak dia tp tak jumpa.

One day, exHusband mak dia, iaitu ayah tiri Lynete yang sangat baik dengan Lynete dan adik beradiknya, telah call Lynete, beritahu Stella call dia n nak pinjam duit. Rupanya, malam tu Stella pecah masuk sebuah kereta dan tidur dalam kereta tu...Rupanya, Stella tipu Lynete berhubung perceraian mereka dulu dengan mengatakan, dia yang main jantan lain sbb tu exHusband dia cari orang lain. Sebab sebenar adalah, exHusband dia yang Lynete suka tu yang tinggalkan mak dia sbb exHusband dia tu gay. Stella kata dia malu sbb dia perempuan tapi tak dapat pertahankan perkahwinan dia....dengan lelaki sebaik exHusband dia tu.

ExHusband Stella bawa Lynete dan Stella ke rumah dia dan beritahu, 'partner' dia baru meninggal. Lynete minta maaf dengan Stella sbb anggap bukan2 pada Stella. Sebenarnya, Lynete marahkan Stella sbb kecurangan Stella (kononnya) sbbkan dia kehilangan seorang ayah tiri yang baik mcm ExHusband dia tu... tapi bila tau hal sebenarnya, dia rayu Stella pulang ke rumah dia. Tapi Stella tak nak keluarga Lynete berantakan sbb kehadiran dia di rumah Lynete.
Dan, exHusband dia yang baik tu kata dia dah tua dan rasa sangat lonely sejak kematian 'partner' dia dan ajak Stella duk sekali...

SEDIH KAN??

Macam mana 3 orang anak tak dapat nak jaga seorang mak.
Macamana selfishnya kehidupan yang mendesak manusia lupa yang mana betul dan tidak.
Macam mana lah nasib kita nanti? Bila kita dah tua berkedut seribu dan tak berdaya lagi...

At one point, parent boleh dianggap melabur dengan anak mereka. Ya lah...mereka bela dari kecil dan bila dah tua, anak2 lah yang patut jaga parent mereka pulak...

Tapi, memang betul. Aku setuju. Anak2 WAJIB jaga ibu bapa mereka yang dah tua.

Ia berlaku dalam famili aku sebenarnya....

Bila anak2 dengan perkahwinan ke-3 tak jaga mak dia (mak aku the only child dr perkahwinan ke-2) bila sakit and hantar ke rumah mak aku....then mak n ayah tiri aku jaga lah nenek aku sampai sembuh....ingat lagi, masa diorang hantar nenek aku tu, bau hapak dan busuk tak hengat orang tua tu. Takde sapa nak mandikan... mak aku juga yang jaga dengan baik berhabis duit sana sini bawa berubat.

Padahal, anak2 kesayangan dia itulah yang selalu dilebihkan dan mak aku lah yang segala perkara tak kene. Ialah, mak aku bukan berduit mcm anak2 dia tu... then, bila mak aku dah senang sket then 'campak' mak dia ke rumah aku bila sakit.

DAN, yang sadisnya, bila dapat aje 'durian runtuh' haritu, haramnya nenek aku tu ingat kat mak aku. Bukannya mak aku kebulur, tapi tahu dari orang aje.... Aku hanya cakap kat mak aku, biarkan aje..jangan fikir sangat. Tak merasa durian runtuh tu pun, tak jadi kudis pun kat kami. Last2 durian runtuh tu pun hangus dah sekarang ni..dengar cerita, kedai makan pun dah nak tutup...takde sapa nak pergi (kedai buruk kalau bersih dan makanan sedap, org datang juga...ni kedai mcm rumah tinggal aje...takde sapa nak mengemas dan membersih...baik tak payah buka kedai!!! kedai makan plak tu?) So, aku dah bincang ngan mak aku, kalau datang lagi kali ni macam dulu, kami berkeputusan taknak terlibat dah. Buat baik berpada2....but one things is, mak aku macam Lynete la....ibu kandung kan?

So, adakah maksud keibubapaan ni luas...? Atau fikiran yang menjadi sempit dengan mementingkan hal lain lebih dari kepentingan menjaga ibu bapa?

TEPUK DADA TANYA AKAL MASING2...

Wednesday, January 11, 2012


SELAMAT DATANG 2012....!!!

Di sini, dapatlah aku simpulkan keseluruhan cuaca tahun 2011 adalah mendung, dan ada sekali hujan turun dengan lebatnya...itu pada 10 bulan pertama. kemudian suria kembali cerah melewati 2 bulan terakhir sehingga kini.

Ke mana menghilang? Ada. Tidak ke mana-mana. Cuma, sebagai manusia biasa, kita perlu membezakan keutamaan-keutamaan yang datang dalam hidup kita dan blogging adalah bukan di tangga terutama.

Apa korang buat sepanjang kehilanganku? Apa aku buat sepanjang kehilanganku? BEKERJA. MEMBUKTIKAN SESUATU. DAN TELAH MEMBUAHKAN HASIL SEPERTI YANG AKU RANCANGKAN. ALKHAMDULILLAH.....SYUKUR SANGAT PADA TUHAN.

Kejayaan kecil?

[1] Pencapaian di tempat kerja, aku berjaya mengatasi rekod tahun lepas dan, tanpa beliau pun, aku berjaya juga....lebih manis, melangkaui pencapaian beliau !! sebenarnya, kejayaan ini diperolehi dalam nuansa yang sedih/pedih serta dengan kesukaran yang tiada di tempat lain. Bayangkan, the top 4 PIC tiada dalam pejabat sebab bertukar serentak !! Kene kerja mcm kartun dan otak kene berfikir dengan pantas...dan julat masa yang sangat-sangat-sangat terbatas. Ini semua kerja Tuhan. Semuanya dengan ilham dariNya juga...

[2] Pencapaian lain, cita-cita untuk memiliki RUMAH sendiri yang rasanya, 10 tahun yang lalu seperti tidak akan tergapai, akan menjadi kenyataan dalam 4-5 bulan dari sekarang dan mungkin lebih awal. Harap2 lebih awal lah...hehehe Tuhan, help me on this!!!

[2.1] Dan, rumah itu bukanlah banglo atau kondominium mewah. Sesuai dengan kemampuan diri dan juga, berbaloi dengan dengan setiap sen yang dilaburkan...Yang kelakarnya, plan rumah semua sudah siap. Plan renovation, plan letak susun perabut, plan warna cat...plan perbelanjaan...semua sudah tersedia. Tinggal masa saja menjadi taruhan.

[2.2] Membesar dalam keluarga yang terpisah, kenikmatan mempunyai rumah sendiri sangat dirasai. Bayangkan, bila di rumah stepfather, itu adalah rumah dia dan anak2nya. Bila di rumah stepmother, she's the queen of the house! Rumah2 itu bukan rumah ku... dan sekadar menumpang teduh meneruskan hidup.

[3] FILEM? Memang banyak filem yang aku tonton. lebih dari 20 buah barangkali...tapi yang personally aku sangat suka adalah,


(a) The Art Of Getting By - kisah remaja yang sedang tumbuh menjadi dewasa. Cerita yang sangat lain. Bayangkan kisah remaja hollywood mcm mana kan? Filem ini berbeza... {kamu takkan jumpa Lindsay Lohan or Paris Hilton here dude!} mengenai seorang remaja lelaki yang berkeputusan bahawa, sekiranya sudah menjadi fakta bahawa, hidup ini hanya sementara, dan semua orang akan mati, maka apa gunanya mencapai buat kerja rumah, pergi ke sekolah, ada cita2.... perjalan cerita dalam filem ini sangat santai tp ada masa yang menyentap tangkai jantung sampai kita bertanya tentang hidup kita sendiri. Aku suka sekali watak2 di sekitar George dalam filem ni, seperti Guru Besar, Guru-guru, Ibu, Ayah Tiri, Awek Cun, Kawan sekolah mereka....ahhh susah nak bayangkan.


(b) 50/50 - kisah seorang lelaki berusia 27 tahun, yang disahkan kanser di tulang belakang yang peluang hidup sangat tipis iaitu 50-50 sahaja sekiranya pembedahan berjaya. Filem ini bunyi mcm sedih je. Ya lah. Pasal orang menunggu mati yang tak pasti. {kematian-memang-pasti} Filem ini filem komedi yang meresap dalam jiwa kita. Bergenang kolam mata bila....korang kene tengok sendiri aaa ok? heheheh






(c) Songlap - is a superb movie. Bukan sbb byk org puji. Aku memang nak tgk filem dari mula tahu ia dibikin. Sanggup menonton seorang diri! Dan sangat berbaloi masa aku {walaupun dalam panggung cuma ada 8 orang saja - tgk masa dah nak penghujung tayangan!}
* sebenarnya, aku suka filem ini secara total. Maksud aku, semuanya serba sempurna. Dahla jalan cerita tersusun kemas, lakonan mantap semua pelakonnya, persembahan setiap scene mcm biasa tgk tp so gritty.
* aku suka watak Normah Damanhuri. Fantastik! Watak pelacur berumur 40an. Fantastiknya lakonan dia sampai aku tak sampai hati nak sebut watak pelacur murahan. walaupun, setengah jam RM30 sajor!! Fantastiknya lakonan dia sampai aku tertanya2, siapakah yang memegang watak Tijah dalam filem Ombak Rindu?








(d) Ombak Rindu - sangat mengesankan kerja tangan Osman Ali kali ini. Kalau orang menonton filem ini sbb dah baca novel atau suka pada cast-nya. Aku pulak suka filem ni sbb, pertamanya, pengarahnya si Osman Ali; keduanya, sbb novelnya superbest; ketiganya sbb nak tengok mcm mana Maya Karin {my beloved} bawa watak Izzah yang mana ramai yang tak suka. {untuk pengetahuan semua, watak Izzah, awalnya nak kasi kat si Nur Fathia. Aku bangkang sangat! Pilihan pertama aku sebenarnya ialah, Tiz Zaqiyah. Tapi, aku suka sangat bila Maya bawa watak Izzah dengan cemerlang - slact part dia mengaji je! Dari segi lontaran emosi, sempurna! dan untuk pengetahuan semua, watak Hariz asalnya nak kasi kat Fahrin Ahmad {maybe muse Osman Ali kot...hhhahaha pepandai plak aku nih!}tp Aaron Aziz bawa watak Hariz juga dengan baik. Cuma ada part mcm kontrol sket. Namun, dia dapat juga memisahkan bayangan abg Malek of KL Gangster dia tu dengan cemerlang...dan, tiap kali Hariz merintihkan Izzah, kolam mata aku pun bergenang aje...hahhaha pundek tul..}SEBENARNYA, banyak plot or subplot dalam novel yang pengarah tak masukkan. Malas aku nak mengarang kat sini. Korang baca buku dan bukaklah filem tu balik! Tapi, tidak mencacatkan kisah Ombak Rindu. HARAPAN aku, janganla nak buat siri TV lak pasal Ombak Rindu ni - wpun mmg akan buat. Biasalah ASTRO. {apsal aku rasa nak potong je ASTRO kat umah ek? Bukan aku tgk pun! dan bilalah GOVT nak luluskan lesen TV Kabel yang baru. Ini mesti ada apa2 ni...}

[4] Anugerah Juara Lagu !!!! Pilihan aku sebagai Juara semestinya lagu KISAH HATI dendangan Alyah. Naib Juara, mestilah lagu SUNGAI LUI dendangan Aizat, dan lagu SEDETIK LEBIH di tempat ke-3 dendangan Jac.

[5] Azam tahun baru???

---------------MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK...
-------MENYELESAIKAN MIMPI YANG TERTUNGGAK...yang satu itu...
----------------------------MENYARUNGKAN PERSALINAN IMAN PADA BELAHAN JIWA..

Monday, November 7, 2011

--[VIKINGDOM]--





Sinopsis Vikingdom


KISAH filem bermula dengan kemunculan kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai Thor untuk menawan tentera purba sebagai hamba mereka. Thor mesti dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yang boleh menentangnya iaitu Eirick dari Jomberg.

Eirick seorang pemburu yang biasa dengan hidupan lasak. Berita serangan Thor disampaikan Frey kepada Eirick untuk menghalang Thor daripada berjumpa
dengan Horns of Odin dari Gate of Souls.

Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick kemudian diiringi sahabat baiknya, Sven dan Yang iaitu hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudian menentang angkatan tentera Thor.

Filem ini dibintangi Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).

Filem ini sudah menjalani penggambaran sejak 15 Oktober lalu di sekitar Lembah Klang dan Perak.

Antara lokasi menarik itu adalah Puncak Alam, Serdang, Bukit Jalil, Studio Filem Negara Malaysia, Gua Tempurung, Kellie’s Castle.

p.s : Kalaulah ada satu watak utama diberi kepada salah seorang pelakon Malaysia, baru aku rasa best. Pada aku, Bront Palarae, Remy Ishak, boleh sesuai dengan cerita ni...maybe in future la kot...who knows?